Saturday, October 31, 2009

MAJLIS BERAMAH MESRA BERSAMA PEMUDA BATU 5 JALAN JENIANG

Majlis beramah mesra bersama Pemuda UMNO cawangan Batu 5 telah memberi ruang kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai dan Pemuda UMNO cawangan Baru 5 bagi bertukar-tukar pendapat dan maklumat berkaitan kedudukan politik semasa. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai akan mengadakan lebih banyak majlis sebegini di cawangan-cawangan yang lain di masa hadapan





MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KARAOKE CAWANGAN TITI BOM

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai mengucapkan Tahniah kepada seluruh pemuda UMNO cawangan Titi Bom dan ahli-ahli UMNO cawangan tersebut kerana berjaya menganjurkan Pertandingan Karaoke Peringkat Cawangan. Turut hadir pada malam tersebut Setiausaha UMNO Bahagian Jerai Cikgu Ahmad Bin Md Noh dan Ajk Pemuda UMNO Bahagian Jerai



Monday, October 26, 2009

Ucapan Takziah buat Keluarga Saudara Mohd Sani Hasani

Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerai dan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerai serta AJK Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jerai merakamkan ucapan takziah kepada keluarga saudara Mohd Sani bin Hasani (Ketua Pemuda Umno Cawangan Gurun) yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Oktober 2009. Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jerai turut merasai kehilangan beliau.

Tuesday, October 20, 2009

DEEPAVALI 1 MALAYSIA

Barisan Pergerakan Pemuda UMNO Jerai mengunjugi rumah En Soma Sundram mantan Ketua Pemuda MIC Jerai dan juga mantan Ketua Penerangan MIC Kedah, yang menyambut Raya Deepavali atau Pesta Cahaya. bagi barisan Pergerakan Pemuda UMNO Jerai ini juga mengambarkan "One Malaysian" atau Satu Malaysia yang disarankan oleh YAB Presiden UMNO




















Sunday, October 18, 2009

PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN DENGAN PEMUDA CAWANGAN

Perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan Pemuda UMNO Bahagian Jerai dan Pemuda UMNO Cawangan Taman Seri Utama Gurun. ini adalah kali ke 6 Pemuda UMNO Bahagian mengadakan perlawanan persahabatan antara Pemuda cawangan. ini bertujuan mengeratkan lagi tali silaturahim serta mendekatkan pemuda cawangan dengan barisan Pemuda UMNO Bahagian Jerai.






MAJLIS PENYERAHAN PERALATAN SUKAN

Majlis penyerahan peralatan sukan seperti Jersi, Bolasepak, Papan Karoum, Bola Takraw Dan jaring kepada pemuda-pemuda UMNO cawangan dibawa Dun Gurun, Dun Guar Chempedak dan Dun Sungai Limau