Friday, December 25, 2009

Sunday, November 15, 2009

EKSPEDISI BERBASIKAL RAKAN MUDA DAERAH YAN






Ekspedisi Berbasikal Rakan Muda Daerah Yan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Daerah Yan telah dilepaskan oleh YB Dato' Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail ADUN Guar Chempedak. Ekspedisi ini turut disertai oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian jerai Sdr. Basorri Abu Hassan dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai Sdr. Zolkipili Ahmad serta AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerai. Perjalanan kayuan Ekspedisi ini sejauh 42 Kilometer

OPERASI PEMASANGAN BENDERA BN

Operasi pemasangan Bendera BN bagi menyambut kedatangan YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Pengerusi BN Malaysia. Operasi ini diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Jerai Sdr. Basorri Abu Hassan dan Naib Ketua Sdr. Zolkipili Ahmad yang mengetuai Unit Tindakan Khas Pemuda UMNO Jerai (UTK) serta AJK Pemuda UMNO Jerai. Walaupun dalam keadaan hujan tidak mematahkan semangat Pergerakan Pemuda UMNO Jerai dan dibantu dengan  kehadiran UTK seramai 80 orang.

Saturday, November 7, 2009

SELAMAT DATANG YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN



Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai mengalu-alukan kedatangan YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Bahagian Jerai sempenan Pelancaran Kempen Gerak Mesra 1Malaysia pada 12hb Nov. 09

FORUM EKONOMI DAN POLITIK




Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Jerai Sdr. Basorri Bin Abu Hassan telah di jemput menjadi ahli penal bagi Forum Ekonomi dan Politik, turut menjadi ahli penal YB Dato' Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail ADUN Guar Chempedak, YB Dr. Leong Yong Kong ADUN Gurun, Dato' Ketua UMNO Bahagian Jerai dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai. Naib Ketua Pemuda UMNO Jerai Sdr. Zolkipili Bin Ahmad turut bersama AJK Pemuda bagi memeriahkan lagi majlis tersebut

Sunday, November 1, 2009

PEMENANG ANUGERAH PEMIMPIN SUKAN 2009 PERINGKAT NEGERI KEDAH

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Sdr. Zolkipli Ahmad Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai yang telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemimpin Sukan 2009 Peringkat Negeri Kedah. Turut hadir dan memberi sokongan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai Sdr. Basorri Abu Hassan yang bersama-sama AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerai. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan memilih beliau sebagai penerima Anugerah tersebut. Kemenangan beliau juga merupakan kemenangan keseluruhan Pemuda Bahagian Jerai.



Saturday, October 31, 2009

MAJLIS BERAMAH MESRA BERSAMA PEMUDA BATU 5 JALAN JENIANG

Majlis beramah mesra bersama Pemuda UMNO cawangan Batu 5 telah memberi ruang kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai dan Pemuda UMNO cawangan Baru 5 bagi bertukar-tukar pendapat dan maklumat berkaitan kedudukan politik semasa. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai akan mengadakan lebih banyak majlis sebegini di cawangan-cawangan yang lain di masa hadapan





MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KARAOKE CAWANGAN TITI BOM

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai mengucapkan Tahniah kepada seluruh pemuda UMNO cawangan Titi Bom dan ahli-ahli UMNO cawangan tersebut kerana berjaya menganjurkan Pertandingan Karaoke Peringkat Cawangan. Turut hadir pada malam tersebut Setiausaha UMNO Bahagian Jerai Cikgu Ahmad Bin Md Noh dan Ajk Pemuda UMNO Bahagian Jerai



Monday, October 26, 2009

Ucapan Takziah buat Keluarga Saudara Mohd Sani Hasani

Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerai dan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerai serta AJK Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jerai merakamkan ucapan takziah kepada keluarga saudara Mohd Sani bin Hasani (Ketua Pemuda Umno Cawangan Gurun) yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Oktober 2009. Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jerai turut merasai kehilangan beliau.

Tuesday, October 20, 2009

DEEPAVALI 1 MALAYSIA

Barisan Pergerakan Pemuda UMNO Jerai mengunjugi rumah En Soma Sundram mantan Ketua Pemuda MIC Jerai dan juga mantan Ketua Penerangan MIC Kedah, yang menyambut Raya Deepavali atau Pesta Cahaya. bagi barisan Pergerakan Pemuda UMNO Jerai ini juga mengambarkan "One Malaysian" atau Satu Malaysia yang disarankan oleh YAB Presiden UMNO