Friday, December 25, 2009
KAMI TELAH BERPINDAH
HARAP MAKLUM BLOG PEMUDA UMNO JERAI TELAH BERPINDAH KE http://www.pemudaumnojerai.blogspot.com/
Tuesday, November 24, 2009
Sunday, November 15, 2009
EKSPEDISI BERBASIKAL RAKAN MUDA DAERAH YAN







OPERASI PEMASANGAN BENDERA BN
Operasi pemasangan Bendera BN bagi menyambut kedatangan YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Pengerusi BN Malaysia. Operasi ini diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO Jerai Sdr. Basorri Abu Hassan dan Naib Ketua Sdr. Zolkipili Ahmad yang mengetuai Unit Tindakan Khas Pemuda UMNO Jerai (UTK) serta AJK Pemuda UMNO Jerai. Walaupun dalam keadaan hujan tidak mematahkan semangat Pergerakan Pemuda UMNO Jerai dan dibantu dengan kehadiran UTK seramai 80 orang.
Saturday, November 7, 2009
SELAMAT DATANG YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN YASSIN
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai mengalu-alukan kedatangan YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke Bahagian Jerai sempenan Pelancaran Kempen Gerak Mesra 1Malaysia pada 12hb Nov. 09
FORUM EKONOMI DAN POLITIK

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Jerai Sdr. Basorri Bin Abu Hassan telah di jemput menjadi ahli penal bagi Forum Ekonomi dan Politik, turut menjadi ahli penal YB Dato' Dr. Ku Abd Rahman Bin Ku Ismail ADUN Guar Chempedak, YB Dr. Leong Yong Kong ADUN Gurun, Dato' Ketua UMNO Bahagian Jerai dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerai. Naib Ketua Pemuda UMNO Jerai Sdr. Zolkipili Bin Ahmad turut bersama AJK Pemuda bagi memeriahkan lagi majlis tersebut
Sunday, November 1, 2009
PEMENANG ANUGERAH PEMIMPIN SUKAN 2009 PERINGKAT NEGERI KEDAH
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada Sdr. Zolkipli Ahmad Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai yang telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Pemimpin Sukan 2009 Peringkat Negeri Kedah. Turut hadir dan memberi sokongan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerai Sdr. Basorri Abu Hassan yang bersama-sama AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerai. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan memilih beliau sebagai penerima Anugerah tersebut. Kemenangan beliau juga merupakan kemenangan keseluruhan Pemuda Bahagian Jerai.
Saturday, October 31, 2009
MAJLIS BERAMAH MESRA BERSAMA PEMUDA BATU 5 JALAN JENIANG
Majlis beramah mesra bersama Pemuda UMNO cawangan Batu 5 telah memberi ruang kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai dan Pemuda UMNO cawangan Baru 5 bagi bertukar-tukar pendapat dan maklumat berkaitan kedudukan politik semasa. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai akan mengadakan lebih banyak majlis sebegini di cawangan-cawangan yang lain di masa hadapan
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KARAOKE CAWANGAN TITI BOM
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerai mengucapkan Tahniah kepada seluruh pemuda UMNO cawangan Titi Bom dan ahli-ahli UMNO cawangan tersebut kerana berjaya menganjurkan Pertandingan Karaoke Peringkat Cawangan. Turut hadir pada malam tersebut Setiausaha UMNO Bahagian Jerai Cikgu Ahmad Bin Md Noh dan Ajk Pemuda UMNO Bahagian Jerai
Monday, October 26, 2009
Ucapan Takziah buat Keluarga Saudara Mohd Sani Hasani
Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerai dan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerai serta AJK Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jerai merakamkan ucapan takziah kepada keluarga saudara Mohd Sani bin Hasani (Ketua Pemuda Umno Cawangan Gurun) yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 Oktober 2009. Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Jerai turut merasai kehilangan beliau.
Tuesday, October 20, 2009
DEEPAVALI 1 MALAYSIA


Subscribe to:
Posts (Atom)